Tuesday, February 21, 2012

Harta Intelek :)




Hye and Assalamualaikum :)
maksud:Dasar Harta Intelek Negara adalah bertujuan untuk mengerakkan perkembangan harta intelek sebagai asas pembangunan dan kecemerlangan negara amnya.

Dasar ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang aspirasi Kerajaan untuk memastikan harta intelek dapat menjana pulangan yang maksimum dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan hasil dari modal kreatif yang dijanakan oleh pihak awam dan pihak swasta.

Adalah menjadi matlamat kerajaan supaya dasar in dapat memupuk masyarakat yang memberi pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya kepada Hak Harta Intelek.

Kementerian Perdagagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memastikan Dasar Harta Intelek Negara berjaya di dalam mencapai wawasan 2020.

kepentingan harta intelek:
APABILA menyebut tentang harta intelek, masih ramai individu kurang memahami mengenai kepentingan perkara tersebut. Malah, ada yang beranggapan masalah berkaitan harta intelek bukan satu isu penting dan tidak membawa apa-apa makna dalam pembangunan sesebuah negara.

Disebabkan itulah terdapat segelintir pihak bertindak sewenang-wenangnya 'mencuri' hak orang lain dan mengaut keuntungan di atas apa yang diusahakan oleh pihak yang bersusah-payah menghasilkan karya tersebut.

Antara yang sering berlaku adalah kes yang melibatkan penghasilan cakera padat (CD) atau video cakera padat (DVD) sesebuah filem atau album yang dihasilkan oleh karyawan seni di Malaysia mahupun di luar negara.

Selain itu, banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu 'produk' harta intelek seperti menggunakan perisian komputer palsu, meniru logo, plagiat penulisan buku atau tesis.

Menurut Pengarah IP Rights (M) Sdn. Bhd., Gameladha Nasirifin Arifin, tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kewujudan harta intelek semakin meningkat. Namun, katanya, ia masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan masyarakat di negara-negara maju yang lain.

Jelasnya, walaupun ramai yang mengetahui ketinggian nilai harta intelek, namun masalah berbangkit seperti cetak rompak dan sebagainya tetap wujud dan ia dilakukan dengan lebih meluas.

TINDAKAN undang-undang boleh diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan penggunaan harta intelek

perlindungan harta intelek:
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MIPC) di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek di Malaysia.

Harta intelek merujuk kepada penciptaan intelektual, terutamanya rekaan-rekaan teknologi, dan karya-karya seni dan kesusasteraan. Hasil rekaan dan karya di bawah perlindungan hak cipta hany boleh digunakan dengan kebenaran pencipta, pengarang atau pemilik hak cipta. Perlindungan harta intelek dapat mendorong perkembangan innovasi dan kreativiti.

That's all for today . Kbyee

Sunday, February 19, 2012

Computer Ethics

Hye and Assalamualaikum :)



Apa itu Etika Komputer !!
Etika komputer adalah sebagai analisis mengenai sifat dan dampak sosial teknologi kompuetr, serta formulasi dan justifikasi kebijakan untuk menggunakan teknologi tsb secara etis. Etika komputer juga bisa di definisikan  sebuah frase yang sering digunakan namun sulit untuk didefinisikan. Untuk menanamkan kebiasaan komputer yang s esuai, etika harus dijadikan kebijakan organsasi etis. Sejumlah organisasi mengalamatkan isu mengenai etika komputer dan telah menghasilkan guideline etika komputer, kode etik.

Etika Pengguna Komputer yang Baik
Sebagai orang awam, kita tidak tahu menahu apakah yang dimaksud dengan “Kode Etik Komputer”. Ya mungkin kita mengerti sedikit sebagai pengguna yang baik, kita tidak membuka data-data orang lain. Tapi secara logika sebagai orang awam, untuk apa membuka data orang lain jika tidak dikarenakan iseng, jahil, rasa ingin tahu yang tinggi ataukah modus perbuatan orang jahat??
Nah disinilah kita patut bertanya, sebenarnya kode etik itu sebagian besar berlaku pada seseorang yang profesional menggunakan komputer (walaupun kita juga perlu etika menggunakan komputer ) agar tidak mengganggu, merusak, mengurangi, menambah, atau apapun yang dilakukan pada data orang lain tanpa seijin yang punya.
Dari beberapa sumber yang saya dapat, di bawah ini ada beberapa pesan-pesan buat para pengguna komputer… Nah coba dibaca, disimak, diperhatiin, dipahami and diterapkan… OK!!!
Sebagai pengguna komputer yang baik… Kita seharusnya :
• Jangan menggunakan komputer untuk merugikan ataupun menyakiti orang lain.
• Jangan mengganggu pekerjaan komputer orang lain.
• Jangan mengintip file komputer orang lain.
• Jangan menggunakan software sebelum anda membayar copyrightnya.
• Jangan menggunakan sumber daya komputer orang lain tanpa otorisasi atau kompensasi yang wajar.
• Jangan membajak hasil kerja intelek orang lain.
• Pikirkan konsekuensi sosial dari program atau sistem yang sedang anda buat atau rancang.
• Jangan melanggar atau mengganggu hak atau karya komputer orang lain
• Jangan menggunakan komputer untuk mencuri ( btw, nyuri pa?? kalo bisa ajarin dunk.
• Jangan menggunakan komputer untuk memberikan kesaksian palsu.
• Jangan menggunakan sumberdaya komputer orang lain tanpa sepengetahuan yang bersangkutan.
• Gunakan komputer dengan pertimbangan penuh tanggungjawab dan rasa hormat kepada sesama manusia.

//Assalamualaikum :)

Tuesday, February 7, 2012

Generasi Komputer

Hye and Assalamualaikum :)

Generasi Pertama-Tiub Hampagas
( 1942 - 1958 )

1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).

2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.

3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.

4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.

Generasi Kedua-Transistor 
(1959 - 1964)

1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.

2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.

3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.

4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.

5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.

6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.

7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.

8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.



Generasi Ketiga-Litar Elektrik 
(1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.

2. Atur cara lebih serasi.

3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.

4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.

5. Lebih kuat, utuh dan padat.6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.


Generasi Keempat 
(1971 -1999)

1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).

2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.

3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.

4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory( CD ROM ).

5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.


Generasi Kelima 
( 2000 sehingga kini)

1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan.

2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.

3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.

4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.