Telah diketahui bahawa perkembangan penggunaan komputer semakin pesat sekarang. Dalam semua bidang telah menggunakan komputer bagi melancarkan urusan.
Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perniagaan
Penggunaan komputer dipraktikkan secara semaksimumnya antaranya dalam bidang perniagaan. Malah perniagaan kecil juga menggunakan komputer memandangkan kini terdapat mikrokomputer yang murah harganya. Organisasi-organisasi perniagaan kini mempunyai jumlah fakta dan nombor yang banyak untuk diproses. Jadi, kebanyakan organisasi perniagaan telah mula menggunakan komputer,contohnya untuk mengira gaji, untuk mengesan barang-barang yang dijual dan yang masih dalam stok, untuk mengeluarkan dan menghantar atau menerima penyata perniagaan, surat, invois dan lain-lain.
Penggunaan komputer dan alat-alat pejabat yang lain yang membantu pengurus, kerani, dan pihak pengurusan disebut disebut pengautomatikan pejabat. Salah satu daripadanya ialah pemprosesan perkataan yang menggunakan kaedah menaip secara elektronik yang membolehkan kita menghasil dan mengubah surat, laporan, dokumen, dan lain-lain dalam beberapa saat berbanding kerja menaip secara manual. Banyak pejabat menghasilkan surat-surat piawai seperti pembayaran baki, jemputan dan sebagainya lagi. Selain itu organisasi perniagaan setempat menggunakan komputer untuk menyedia, menyimpan, dan menghantar utusan ke tempat tertentu. Pengurus organisasi itu juga boleh mengawasi kakitangannya bila-bila masa.
Pengautomatikan pejabat juga membolehkan pihak pengurusan atasan berunding tanpa bertemu secara fizikal yang disebut teleperundingan. Antara kelebihan penggunaan komputer dalam bidang ini, ternyatalah ianya amat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan.

Penggunaan Komputer Dalam Bank Dan Institusi Kewangan
Pemprosesan data yang melibatkan akaun-akaun simpanan, simpanan tetap, pinjaman, pelaburan, analisis keuntungan dan sebagainya adalah antara operasi organisasi-organisasi kewangan. Langkah-langkah yang digunakan adalah piawai dan berulangan. Maka dengan itulah, institusi kewangan merupakan pengguna yang pertama sedar akan kepentingan komputer untuk menjimatkan masa. Penggunaannya dalam institusi kewangan ini meliputi aktiviti pemindahan wang secara elektronik
Misalannya sebuah bank mempunyai terminal di setiap cawangannya di seluruh negara dan juga di pasaraya, stesen minyak, sekolah, kilang, rumah, hotel, dan sebagainya. Majikan akan memindahkan gaji ke dalam akaun pekerjanya dengan memasukkan nombor pengenalan pekerjanya seterusnya wang gaji dipindahkan ke dalam akaun pasaraya, hotel, atau stesen minyak apabila membuat sesuatu pembelian. Kemudahan pemindahan wang ini yang disebut pemindahan wang secara elektronik ini amat efektif penggunaannya juga kaedah yang selamat dan cepat untuk urusan kewangan.
Dengan kemudahan yang dikenali sebagai ETC ini juga individu itu bolah mengeluar, memindah, dan memasukkan tunai atau cek ke dalam baki semasa pada bila-bila masa sahaja. Ternyatalah tujuan utama penggunaan komputer dalam institusi kewangan dapat membantu dalam menyusun segala urusan pelanggan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap, mengurangkan penipuan dalam urusan kewangan juga menghapus urusan yang melibatkan wang tunai dalam masyarakat dengan matlamat utama untuk menghasilkan sebuah masyarakat tanpa tunai.

Penggunaan Komputer Dalam Bidang Industri
Industri merupakan bidang yang banyak sekali menerima faedah daripada penggunaan komputer dan juga perkembangan mesin berupa manusia iaitu ‘robot’. Industri pengeluaran misalnya memerlukan komputer untuk memproses banyak data yang dikumpul dari pekerja, pelanggan, jualan, keterangan barangan, jadual pengeluaran, dan sebagainya. Boleh dikatakan komputer digunakan bagi mengawal proses pengeluaran.
Pemprosesan maklumat pengeluaran khasnya kawalan inventori bagi menyimpan maklumat terbaru tentang baki inventori bahan-bahan mentah dan juga barangan siap digunakan untuk menentukan nilai inventori dan status stok. Hal ini komputer boleh mengingatkan kakitangan terlibat bila dia harus memesan bahan-bahan mentah dan bila untuk menghantar barangan siap kepada pelanggan. Begitu juga untuk menyimpan maklumat tentang struktur sesuatu barangan, perancangan keperluan bahan malah dalam kerja proses turut menggunakan komputer bagi memudahkan pekerjaan. Ternyatalah penggunaan komputer dalam bidang industri amat meluas serta turut mempengaruhi perkembangan industri di sesebuah negara.

Penggunaan Komputer Dalam Bidang Pendidikan
Kini dalam era dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, komputer mungkin mengambil alih peranan buku dalam menyimpan dan menyebarkan pengetahuan kepada orang ramai. Dengan kata lain komputer akan mengubah cara kita belajar dan cara kita menyimpan pengetahuan. Hal-hal yang berkaitan contohnya pendaftaran pelajar, penjadualan kelas, pemprosesan keputusan peperiksaan, penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh dilaksanakan oleh komputer dengan berkesan dan cepat dalam membantu pihak pentadbiran.
Kini keputusan SPM dan STPM turut diproses oleh komputer. Di IPT juga tugas-tugas pengautomatikan pejabat, pemprosesan keputusan peperiksaan dan penyelidikan saintifik turut menggunakan komputer. Malah mengkatalog buku-buku di perpustakaan juga mengaplikasikan penggunaan komputer. Tidak ketinggalan diguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di institusi-institusi pengajian tinggi juga di sekolah-sekolah, baik untuk mengajar dengan bantuan komputer atau belajar pendidikan tentang komputer.Oleh itu komputer kini sangat dititikberatkan dalam bidang pendidikan untuk menbantu dalam proses pentadbiran, penyelidikan juga apa yang penting ialah memudahkan serta membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perubatan
Hospital dan klinik menggunakan komputer untuk menyimpan rekod pesakit, jadual doktor, jururawat dan kakitangan lain, inventori dan belian ubat-ubatan, penyelidikan perubatan dan juga diagnosis perubatan.
Pengaplikasian peralatan-peralatan berasaskan komputer atau penggunaan teknologi maklumat telah membantu para doktor untuk mendiagnosis penyakit. Ternyata penggunaan komputer dalam bidang perubatan menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah rumit. Antaranya teknologi komputer yang baru menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka yang cacat. Mikropemproses yang berasaskan sistem suara membantu orang-orang yang cacat percakapan dengan menggunakan terminal yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas secara lisan. Begitu juga perkembangan komputer telah membantu orang buta untuk melihat, orang bisu untuk berkomunikasi, sama ada dengan bantuan percakapan pensintesis atau dengan menggunakan papan kekunci. Ini dapat membantu mereka menjadi lebih aktif dan dapat membuat apa yang mereka tidak boleh buat sebelum ini.
Selain itu kerja-kerja pemprosesan data secara tradisional seperti mengeluarkan bil pesakit, statistik perubatan dan penjadualan kakitangan dan lain-lain telah turut diperkemas dan diproses dengan menggunakan komputer. Sistem Maklumat Hospital yang digunakan dapat disimpan dalam pangkalan data pesakit secara berpusat. Malah penggunaan teknologi maklumat iaitu komputer diprogramkan untuk mengkultur dan manganalisis bakteria, virus, dan agen jangkitan lain secara automatik bagi mengesan dan mengenalpasti sesuatu penyakit seterusnya membolehkan pihak hospital dan makmal untuk memulakan rawatan. Contohnya mesin Temography Bantuan Komputer (Computer Aided Temography, CAT) yang digunakan untuk trjuan tersebut.
Begitu juga komputer digunakan untuk mengaawasi pembolehubah psikologi seseorang pesakit seperti tekanan darah, suhu badan, ECG (Electro-Cardiograph) dan membunyikan amaran jika sesuatu yang tidak biasa berlaku. Untuk tujuan ini komputer membaca pembolehubah yang berlainan dan membuat pembandingan dengan nilai-nilai piawai. Jika ada sesuatu yang luar biasa yang berlaku komputer akan menarik perhatian doktor dan jururawat dengan mengeluarkan amaran. Jelaslah didapati bahawa komputer mempunyai bidang pergunaan yang luas dalam bidang perubatan.

Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perundangan
Komputer telah digunakan dalam proses perundangan sejak beberapa tahun dahulu. Penggunaan yang terpenting ialah dalam penyediaan dokumen yang menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan komputer juga melibatkan pemprosesan perakaunan perundangan untuk menghasilkan laporan mingguan dan bulanan, menyimpan rekod-rekod pembayaran perundingan, dairi untuk peguam mendapat maklumat mutakhir tentang pelbagai pelanggang dan prosedur mahkamah juga untuk menyimpan rekod-rekod pelanggang.
Memandangan bidang ini sangat rumit, sudah menjadi keperluan untuk mendapatkan semula maklumat yang diperlukan sama ada tentang penindeksan jurnal undang-undang, kes penting, perkalaan, dan statistik atau keputusan penting untuk tujuan membuat keputusan dengan menyimpan bank data perundangan. Oleh itu penggunaan komputer salah satunya akan membantu peguam dan peguam pelatih serta pelajar perundangan mencari data berkaitan tanpa membuang masa serta mendapat perkhidmatan yang lebih baik.

No comments:
Post a Comment